Saturday, 5 December 2015

Kenapa takut mati?

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah menjadikan mati itu pasti.. setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati.

Allah menetapkan maut itu suatu yang ngaib( tidak diketahui)
supaya manusia itu sentiasa berbuat yang terbaik sewaktu hidupnya
sebelum dia kembali pada penciptanya

takot mati tak??

ye.. saya takut mati..

kerana apa??

kerana saya takut jika saya bukan tergolong dalam kalangan orang-orang yang layak berada di syurga
Ya Allah ampunkan lah hambamu ini

sungguh syurga Allah itu mahal
sungguh kehidupan akhirat itu kekal

setiap kali mendengar berita kematian

menitis air mata sedih... takot.. andai nanti Allah meletakkan saya dalam kalangan orang2 yang dineraka

ya.. kadang kala kita merasakan kita telah berbuat yang terbaik
dah solat, dah berbuat kebaikan, berpuasa,
menunaikan zakat..

tetapi adakah semua kebaikkan itu dinilai disisi Allah??

sungguh pahala dan dosa itu perkara yang kita tidak nampak
tapi kita perlu yakin pahala dan dosa, syurga dan neraka juga hari akhirat

Moga Allah mengasihani hamba-hamba yang mencari keredhaanNya .







No comments:

Post a Comment